Photobucket

Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL & AKHIR TAHUN


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.(3x sebelum maghrib)


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka(3x selepas maghrib)


mujahidahputeri:salam ma'al hijrah buat semua,mari kita sama-sama muhasabah diri apa yang kita lakukan sepanjang tahun lepas,mulut bicara apa,hati terdetik apa,mata melihat apa,telinga mendengar apa dan segalanya...sepanjang hidup yang lepas.apa sumbangan kita buat Islam?atau hanya berharap Islam yang menyumbang sesuatu kepada kita?sama-sama kita muhasabh diri...moga tahun baru hijrah ini menghijrahkan kita daripada buruk kepada yang lebih baik,semoga tahun baru ini dapat menguzlahkan diri kita daripada melakukan maksiat kepadaNYA.ameen ya rabbal a'lamin.
Free Signature Generator

Thursday, October 29, 2009

DOA' RASULULLAH S.A.W


رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ دَعْوَتي,وَاهْدِي
قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي

"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku,Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu; padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku"

Sunday, October 25, 2009

AYAT PENGERAK

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sunday, October 4, 2009

PINTAKU


Ya Allah, uzlah aku dari kejahatan diri agar tidak menjangkiti orang lain. Qanaah aku agar tidak hasad pada nikmat yang diberi kepada yang lain. Sabar aku dengan karenah insan yang menjadi “bahan uji”Mu untuk mendidik aku. Syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada. Pemaaf aku pada kejahatan insan sebagai karma kejahatanku pada mereka.

Thursday, September 17, 2009

DOA DIPERELOK IBADAH


اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Allahumma a'inni a'la zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik

"Ya Allah ya Tuhan kami,bantulah kami ingat padaMU,syukur padaMU & elok ibadah terhadapMU"

Saturday, August 22, 2009

DOA RAMADHAN

DOA HARIAN RAMADHAN


1. Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.

2. Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih


3. Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan.. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

4. Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisanberzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukurandengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat

5. Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih


6. Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan


7. Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.


8. Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.


9. Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.


10. Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon

11. Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan


12. Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.


13. Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin


14. Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin

15. Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.


16. Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

17. Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.


18. Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.


19. Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.


20. “Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

21. Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.


22. Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan


23. Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

24. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.


25. Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

26. Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.


27. Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh


28. Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta

29. Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.


30. Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Tuesday, August 11, 2009

DOA ELAK PENYAKIT BERJANGKIT

sekarang ni banyak sangat penyakit berjangkit,yang sekarang yang teruknya ialah H1N1,mari sama-sama kita amalkan doa ini,mudah-mudahan kita terlepas daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini.insyaAllah(*_*)

Thursday, August 6, 2009

DOA BULAN

اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allahuma bariklana fi rajab wa sya'ban wa ballighna fi ramadhan

(Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab & Sya'aban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan)

Wednesday, July 8, 2009

DOA MUDAH MENGHAFAL


myspace backgrounds
Myspace Backgrounds

Tuesday, June 30, 2009

DOA KETIKA BERASA TAKUT & TERKEJUT


myspace backgrounds

Tuesday, June 23, 2009

DOA PENGUSIR DUKA


"Ya Allah,KAU jadikan AL-QURAN yang agung itu sebahagian dari hatiku,cahaya jiwaku,pengusir dukaku dan penolak kesedihanku juga deritaku wahai Yang amat Mengasihi & amat Pemurah daripada segalanya"

Sunday, June 21, 2009

Monday, May 18, 2009

DOA DIPERMUDAHKAN HISAB

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Ismail daripada Muhammad bin Ishak daripada Abdul Wahid bin Hamzah daripada Abdullah bin Al-Zubair daripada Aisyah,beliau menyatakan behawa Nabi S.A.W berdoa dalam solat baginda:

اللهم حاسبني حسابا يسيرا

Allahumma ha sibni hisabai yasira
-“Ya Allah,mudahkanlah perhitunganku”-

Friday, May 15, 2009

DOA MEMOHON CAHAYAMATA


" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik"
(Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.

DOA MENDAPAT REZEKI HALAL


Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."


Penjelasan : Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Sesiapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya. Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas berbayar dan dirinya akan merasa kaya dari orang yang kaya lainnya. Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Thursday, April 30, 2009

DOA KETIKA SEDIH (*~*)


Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a: Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) : pada waktu pagi dan petang bacalah:

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Tuesday, April 28, 2009

Thursday, April 16, 2009

DOA:APABILA TUBUH RASA SAKIT

أعوذ بالله وقُدرَتِهِ من شرِّ ما أَجِدُ وأُحاذر

Letakkan tanganmu pada tubuhmu yg terasa sakit, dan bacalah: Bismillah 3x, lalu bacalah: “Aku berlindung kepada Allah & kekuasaanNya dari kejelekan sesuatu yg aku jumpai & yg aku takuti”.

Wednesday, March 18, 2009

DOA PENGASIH

اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين

Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin

"Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman"


Dalam hadis riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi S.A.W agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam.Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda,ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya.Beliau kemudiannya meminta Nabi S.A.W berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan-"wa ummahu"(dan ibu Abu Hurairah),selepas kalimah"abdaka hadza"- .hasil doa Nabi,setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Saturday, March 14, 2009

DOA MOHON KESUCIAN DIRI & KEKAYAAN

اللهم اني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى

Allahumma inni asalukal huda waltaqa wal a'fa wal ghina

"Ya Allah Ya Tuhanku,aku memohon kepadaMU pimpinan,pemeliharaan,perlindungan dan kecukupan"